Alhamdulillah, pagi tadi AJ dapat menunaikan solat subuh secara berjemaah. Rasa bersyukur sangat kerana masih diberikan peluang untuk bangun seawal pagi ketika ramai yang masih diulit mimpi untuk menunaikan solat subuh secara berjemaah. Ada cerita disebalik ini yang AJ ingin kongsikan. Selepas selesai solat, AJ berjalan Keluar secara perlahan, tiba-tiba ada seorang pakcik menyapa AJ. Muka dia bersih je, itulah muka-muka orang yang rajin menunaikan solat subuh secara berjemaah. Xperlu nk beli bermacam jenis krim untuk melicinkn or membersihkan muka, itulah petua yang mujarab.
Sambung semula pada topik asal, pakcik itu menyapa AJ bertanyakan duduk di mana dan ketika itu berlakulah perbualan singkat untuk saling kenal-mengenal di antara AJ n pakcik itu. Rupanya pakcik tue duduk berdekatan dengan surau AJ dan dia ada beritahu yang dia mempunyai 5 orang anak. 3 orang anak perempuan dan 2 orang anak lelaki, semuanya belajar oversea tinggal seorang yang bongsu masih belajar di sekolah menengah. Dan pakcik tue bercerita lagi, anak perempuan dia baru balik dari UK, dh hbs bljr dalam jurusan perubatan, kemudian pakcik itu bertanya pada AJ, umur anak sekarang berapa? Pastu AJ pun cakaplah yang umur AJ 23 dah nak masuk 24, kemudian pakcik tue cakap anak dia yang baru balik tu sebaya dengan AJ.
Ok, masuk soalan cepu emas.. Pakcik tue tanya AJ lagi, anak dah berkahwin? AJ cakaplah AJ belum berkahwin lagi.. dan akhir perbualan kami ni, pakcik tu jemput AJ datang ke rumahnya untuk diperkenalkan kepada anak dia yang baru balik tue.. Masa tu AJ tersenyum panjang.. AJ terkejut dengan ajakan pakcik tu.. Tpi AJ hanya membalas pelawaan pakcik tu dengan lafaz InsyaAllah. So kami pun pulang ke rumah masing.
Sebenarnya apa yang AJ nak kongsikan bukan cerita yang mencuit hati dan yang membuatkan AJ tersenyum hingga di saat ini, tetapi bagaimana Tuhan sangat menyayangi hamba-hambanya. Perasan atau tidak, kadang-kadang kita mempunyai kemahuan. Sedar atau tidak kemahuan kita itu dipenuhi peringkat demi peringkat dan ada juga kemahuan kita itu tidak dipenuhi tetapi digantikan dengan perkara yang sama tetapi cara yang berbeza. Tuhan tahu apa yang kita mahu dan dia memberikan yang terbaik pada kita. Dan persoalannya adakah kita hari ini mengikut arahan dan suruhan dia? marilah kita sama-sama tanya pada diri kita hari ini. Walaupun kita tidak laksanakan arahannya, dia tetap penuhi kemahuan kita. Bertapa sayangnya tuhan kepada kita.. Adakah kita sayangkan dia? Bukan ke kita lebih menyayangi mahkluk berbanding dia.. Jom kita renung-renungkan ye.. Selamat beramal..
0 comments:
Post a Comment