Allahuakhbar.. Perit sungguh dugaan yg AJ tempuhi hari ini. Tetapi AJ rase bersyukur, kerana mempunyai kesedaran dan motivasi diri yg tinggi. Inilah dinamakan sebagai adat bercinta, ada pahit dan manis. Setelah direnungkan kembali, banyak faktor terjadinya perkara ini.. Pada awal percintaan semuanya manis diibaratkan seperti gula-gula. Tetapi, bila gula-gula itu terus dihisap, rasa manisan itu akan akan menjadi tawar. Samalah juga dalam percintaan, apabila kita terlalu banyak mengambil kemanisan dalam sesuatu perhubungan, ia akan menawarkan hati kedua-dua belah pihak. kerana itu timbul perasaan cemburu yang kuat, panas baran dengan pasangan, meluat dan banyak lagi. Apabila sudah jadi seperti ini akibatnya hubungan tidak sampai ke jinjang pelamin. Habis semua janji-janji manis untuk hidup bahagia bersama. Rasa kelakar bunyinya, tapi itulah hakikat bagi setiap pasangan.
Bagi AJ, xsalah untuk bercinta tapi perlu ada batasan dalam perhubungan. Sebenarnya banyak cabaran dalam menempuh semua ini, setiap apa yang diberikan adalah anugerah dan hendaklah kita jaga dan pelihara dengan baik. Tapi itulah, yang baik susah nk buat, yang peliknya yang xbaik tuelah yang senang nk buat.. Itulah adegan-adegan manusia hari ini. Dalam perhubungan perlu ada sifat saling ingat-mengingati di antara pasangan, perlu menegur jikalau ada kesilapan.. tetapi pasangan muda-mudi hari ini, bila pasangan buat perkara yang xbaik, kita ikut sekali.. Sebab itulah kemanisan di dalam perhubungan hilang dalam tempoh xsampai setahun.. Dan sebagai seorang lelaki, kita perlu tunjukkan teladan yang baik pada pasangan kerana kita adalah ketua keluarga. Belajar untuk memahami dan menerima kelemahan pasangan, seandainya ada kekurangan.. kita perlu bantu untuk tambah kekurangan tersebut.
Rasenya cukuplah perkongsian di atas, walaupun x semua yang AJ lalui tpi ia adalah pemerhatian rambang yang AJ buat. Jaga2lah setiap perhubungan itu, kerana bila kita berdua pasti ada yang ketiga hadir bersama kita.. Renung2kanlah ye..
0 comments:
Post a Comment