Follow by Email

Tuesday, August 31, 2010

Ceritera tentang diriku..


Nama yang telah diberi ialah Mohd Aliajwad bin Kamarudin, nama panggilan baru aku pula, AJ sempena dengan nama penyelia tesis mase degree dulu En. AJ. Sebagai perkongsian semua, AJ bergelar mahasiswa pada tahun 2007. kemudian dikurniakan segulung ijazah pada Ogos 2009, dalam jurusan linguistik di UKM. Pada sesi pembelajaran, AJ sebenarnya kurang berminat dengan jurusan yang AJ pelajari, kerana jurusan Linguistik bukan minat AJ dan AJ bukan seorang yang rajin membaca atau suka pada teori tetapi lebih sukakan kepada benda-benda yang berbentuk praktikal. Pointer pada semesta pertama agak teruk, sepatutnya boleh skor tetapi terlalu mencari-cari mood or minat untuk belajar, akhirnya AJ tewas juga. AJ cuba beberapa kali untuk bangun tapi masih seperti itu juga.

Apabila AJ dilantik menjadi salah seorang ahli Majlis Eksekutif Pelajar Kolej Ibu Zain (MEP) dan dilantik sebagai bendahari kelab PERKIM UKM, AJ mendapat satu rangsangan yang kuat untuk terus belajar. Dalam kesibukan berorganisasi, AJ masih boleh belajar dengan lebih bersemangat. Rupanya inilah formula kejayaan sebenarnya, siapa kata orang yang kuat berpersatuan, berorganisasi dan menyertai NGO tidak berjaya? Ramai yang boleh dijadikan contoh seperti Pelajar yang menerima anugerah Tunku Abdul Razak di Konvokesyen UKM kali ke-38, saudara Adnan. Beliau merupakan YDP Jaksa kolej Dato’ Onn, UKM dan banyak lagi sebenarnya yang boleh kita jadikan sebagai contoh. Saya masih ingat kata-kata En. Anuar Ahmad, Pengetua Kolej Ibu Zain “ ibaratkan kehidupan kita seperti air teh, apabila kita minum air teh yang sudah sejuk berbanding yang masih panas, yang mana ada oommmm bila minum, sudah tentu air teh yang masih panas. Sedapnya tidak terkata. Begitu jugalah kehidupan kita, apabila kita memperolehi sesuatu itu dengan mudah, kita tidak akan ingat sampai bila-bila, tetapi sebaliknya apabila kita memperolehi sesuatu itu dengan keadaan yang susah, benda itu akan kita kenang sampi bila-bila, Itulah ibaratnya. Hari ini, AJ masih ingat kata-kata beliau dan diinspirasikan dalam kehidupan AJ.

Terlalu banyak pengalaman yang AJ ingin kongsikan, tujuan AJ menulis blog ini hanyalah semata-mata untuk membentuk minat menulis dalam diri AJ nie, yelah start tahun depan, AJ dah mula nak menaip tesis. Macam tak percaya pula, yang AJ dah belajar sampi di peringkat sarjana. Alhamdulillah, AJ dapat penuhi impian kedua orang tua AJ. Sekarang ini AJ perlu teruskan perjuangan AJ untuk menjadi seorang motivator atau perunding cara.. Bersambung..

0 comments:

Post a Comment